Saturday, 12 October 2013

Sebarau Waterfall Picnic

Pada April 2012 yg dah lama berlalu, headhunter juga telah melakukan aktiviti picnic yg bertempat di Air Terjun Sebarau. tempat ni telah di suggest oleh rodim kerana tempat tu berdekatan dengan rumahnya.. sebenarnya x la dekat sana, dekat stengah jam juga jalan kaki dr rumah rodim..haha.. tp okey la, at least dpt jg rasa jungle trekking.. dpt menyihatkan badan. perjalanan dari Unimas mengambil masa dalam sejam setengah. Sebelum berangkat, persiapan dari segi makanan telah dilakukan. kami sempat singgah d kedai untuk membeli barang2 keperluan lain. picnic nie terdiri dari ahli2 headhunter seperti sy sendiri, alfred kyk, rizal, adam, morris, jenifer, christy, nasha, rodim n tambahan adik rodim..hehe


Credit to Alfred kyk yg telah mengedit pic nie.. Niagara Fall la sangat!! haha


Sempat bergambar ketika singgah di Batu 7 utk beli keperluan seperti arang, buah-buahan n ais.. byk kedai jg yg perlu dilawati semata-mata untuk mencari benda2 ni. tp xpa sebab enjoy. :)


Perjalanan menuju ke Air Terjun Sebarau. so far, jalan x teruk sgt. cuma ada bukit ckit n ada titian yg perlu dilalui. bersyukur sbb xda yg cedera.dari jauh lg memang boleh dgr air terjun yg mengalir.. hati nie dah x sabar..hehe


Akhirnya tiba juga ke destinasi... boleh nampak ada batang kayu yg blok air tu.. tp nasib baik la juga la x jatuh. view air terjun tu cantik juga la.. tp kalau ikut keseluruhan, air terjun nie kurang terjaga coz dahan2 kayu agak bersepah. but still we had fun. yg penting mandi.. hehe


Sebelum mandi tu of coz la kena prepare smua makanan dulu..hehe.. ni tgh buat salad ni.. agak banyak juga salad yg dibuat. at the end kebanyakan salad tu jatuh kat air..huhu


Makanan ni mmg x bleh blah.. haha.. chef2 dr headhunter ni mmg hebat2 smua..hehe.. tgk pun terliur ooo..lol


Lepas makan, mmg mandi la.. dah x sbr smua,, haha.. air memang sejuk n fresh..hehe.. x la dlm sgt.. cukup2 ja utk org x pandai berenang..haha.. kat bwh byk lg pic..

step tarian ka ni?? haha


Main buang2 air..hehe


Christy tgk mana tu?hhuhu

yg perempuan dgn keayuan, yg lelaki dgn kegagahan.. >.<

x boleh menahan kesejukan..huhu

Morris apa dah jd?haha

'peace' dia bilang c alfred

Rodim mandi guna towel?hhuhu

duyung or dugong terdampar?hahaha.. adam2


Selepas puas mandi walaupun sbnrnya x puas, kami meneruskan dgn aktiviti makan.. hehe.. sbb dah guna tenaga utk mandia, smua jd lapar blk.. hehe. selepas ja selesai makan, cuaca jadi mendung n kami terpaksa mengambil keputusan utk bertolak blk coz takut air tu jd tinggi.. mmg sedih terpaksa blk awl tp at least dah lakukan smua aktiviti ok la..hehe


sempat singgah kat rumah org yg jg kenalan rodim utk bersihkan diri. n tuan rumah sempat hidangkan kami dgn tebu fresh.. lama x mkn tebu directly dr batang tebu..haha.. dlm pic nie dari kanan ke kiri, muka semakin ganas..haha.. agak ganas muka rizalmi di situ.. ahaha.. headhunter sgt..lol


Sebelum blk, kami sempat singgah di rumah rodim n dihidangkan dgn makanan n minuman ringan.. hehe.. x abis2 isi perut.. lepas tu kami smua pun bertolak blk.. mmg agak penat tp enjoy.. :) harap2 pada masa akan datang dpt lg buat berpicnic kat tempat lain pula...hehe


Gawai 2013 Celebration

Sempena pesta Gawai 2013 yg lalu, kami x ketinggalan utk meraikan bersama dgn kluarga Nasha. Pengalaman pertama kami terutama yg dari Sabah. Walaupun x smua dapat bersama, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap dpt dirasa oleh kami sepanjang perayaan tersebut. Perjalanan dari Unimas ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dlm kereta pun bermacam gelagat termasuk menyanyi, dengar cerita kawan n banyak lagi. X la boring dlm kereta walaupun 4 jam. Kami bertolak agak lewat dalam jam 5 petang n sampai dalam jam 9 mlm. suasana perjalanan pada awalnya memang biasa namun apabila menjelang malam, suasana agak suram coz jalan tersebut x diterangi lampu jalan. tp kami bersyukur kerana selamat tiba akhirnya. :)


Masing2 memakai pakaian etnik. walaupun bukan milik sendiri tp tetap rasa bertuah coz dpt memakai pakaian tersebut untuk perayaan Gawai sebenar. Sebelum ni juz pakai utk show jer. huhu...nampak cantik n ensem2 smua..haha


Boleh nampak kegembiraan pada wajah ahli2 headhunter. Padahal, tuan rumah pesta gawai dah menunggu kami pada masa tu. haha


Ni la pentas sempena Gawai tersebut. Nama rumah pjg tmpt kami pergi tu ialah Rh.Juliana, Kamidan jaya, Saratok. First tym pergi melawat rumah pjg moden. Agak terpegun di situ..haha


Bergambar dulu before masuk ke kawasan tuan rumah pesta Gawai tahun ni. Aktiviti bermula sekitar jam 9 pagi. Perut dah kenyang tym ni coz family nasha dah prepare breakfast. 


Perarakan masuk ke kawasan rumah penganjur. Yg pakai kot tu org kuat rumah pjg.. tu la datuk nasha.. n yg pakai kebaya biru tu adalah tuai rumah. Kami pula sana belakang..hehe


Dihidangkan dengan pelbagai makanan n minuman. Kalau Gawai, mmg x sah kalau xda kek lapis Sarawak. Sedap hingga menjilat jari.haha. Tiang tu nampak cantik pula kan. sesuai sangat dgn model 3 org tu..hehe


Aktiviti pada waktu malam...


Satu upacara wajib tym Gawai. Smua ahli kluarga setiap rumah harus mengelilingi pokok tu then perlu menderma. Ketua keluarga akan mengambil ganjaran yg tersangkut pada pokok tersebut. walaupun kami bukan keluarga sebenar, tapi dah jadi keluarga la ni sbb dah pusing pokok tu..haha


Pokok tu akhirnya akan dicantas. saya sendiri x berapa faham dgn upacara ni. Nasha ada jelaskan tp dah lupa.huhu.. upacara ni kalau x silap sy dipanggil 'ngetas ranyai'.


Ini pula satu lg program wajib yg dinamakan 'ngirup ai pengayu'.. maksudnya minum tuak lah.. sebelum tu kena la jerit 'oooohaaaaa' sebanyak 3 kali kalau x silap la.. hehe.. program nie sebenarnya dilakukan pada malam gawai (Gawai eve). ngam2 jam 12am.. sgt best!


Games session. tgklah ahli headhunter kita, Mir... bersemangat sangat. keesokan hari, smua mengadu sakit paha.. haha.. ini bukan tarik tali tp tarik paip pvc.. n peraturan dia x boleh berdiri la tym menarik tu.. kalau x, x sah la permainan tu.. walaubagaimanapun, team ni x berjaya utk menjadi johan sbb team yg satu lg smua besar2.. haha..


Ni pula sebelah bahagian lelaki. Yg pakai bju merah tu alfred. dia ja paling kurus..haha.. tp team dorang nie menang. maksudnya team kitorang la..haha.. tgk badan pun boleh tau..ahha


Sempat main drum lg.. haha


Selain tu kami juga turut berkesempatan pergi open house d rumah kluarga bapa nasha. rumah panjang ni diberi nama Engkudu Atas.. boleh nampak replika buah engkudu sebelum masuk pintu pagar rumah ni. Model dlm gmbr ni terdiri daripada rodim(paling dpn), mir(tengah), n mummy nasha (paling blakang).. hebat sgt susunan..haha



Setelah abis menjamu makanan d rumah kluarga bapa nasha, kami pun kluar g ambil gambar buat kenangan.. Rumah nie berbeza ckit. Nampak lebih lama berbanding dgn rh pjg sebelum ni.. tp rumah nie lebih tinggi.. ada 3 tingkat.. 




Kami jg turut berkesempatan utk mandi sungai. Lupa dah nama sungai ni..hehe.. sejuk.. n dlm gmbr ni, sebahagian ahli headhunter gagal utk menampakkan diri..ahaha.. yg bju merah tu alfred, selipar yg terbang dahulu.. mir pula mmg dah ditutup habis.. rodim n nasha pun epic failed.. haha.. well yg d tengah tu of coz la sy sendiri berjaya..hehe 


Secara keseluruhannya, pengalaman bergawai selama 4 hari d rumah kluarga nasha memang sesuatu yg x dpt dilupakan. lebih daripada expectation. layanan yg diterima boleh bagi 5 star..hehe.. semoga suatu hari nti smua ahli2 headhunter dpt bersama2 meraikan perayaan sebegini di masa akan datang. Credit to photographer, adik nasha..hehe. D

Dalam perjalanan balik ke Unimas, kami sempat bergawai sekejap d rumah Alfred Keleman. Best dapat mengenali ahli keluarga rakan sendiri. Di saat kita dalam kesusahan, mereka dapat menjadi tempat kita mendapatkan pertolongan. :)

Friday, 11 October 2013

Headhunter Blog Introduction


First of all, nak kenalkan group Headhunter ni. Group ni sebenarnya telah ditubuhkan tanpa sebarang matlamat meaning tht juz for fun. Perkataan 'Headhunter' tu sebenarnya xda kaitan langsung tp diambil disebabkan kesemua ahlinya berasal dari kepulauan Borneo. Hasil gabungan Sabah dan Sarawak walaupun ada ahli2 nya yg belum lg menjejakkan kaki di bumi Sabah. >.<  Blog ni pula dibuat saja2 untuk merekodkan segala aktiviti yg pernah dilakukan bersama pada masa lalu n maybe pada masa akan datang. Blog ini akan menjadi rujukan ahli2 headhunter pada masa akan datang.. i mean boleh la tgk blog ni kalau rindu2 kan..hehe 



Ahli2 headhunter ni pada asasnya merupakan ahli2 kelab CREATIST iaitu sebuah kelab kebudayaan kolej Cempaka UNIMAS. Disebabkan mempunyai keinginan n minat yg sama dalam bidang tarian, maka persahabatan mula terjalin antara ahli2nya. Kalau ada event sahaja memang sentiasa bersama. Kesemuanya mempunyai ragam yg tersendiri. Ada yg kuat makan, ada yg suka melompat atas katil, ada yg suka buat lawak n banyak lagi la... pendek kata, smua ada.. hoho


Bagi saya, apa yg menarik dlm group Headhunter ialah ahli2nya sentiasa bersama2 jika ada masalah yang hendak diselesaikan. Masing2 akan saling tolong menolong antara satu sama lain. Bak kata org, susah senang sentiasa bersama.. hehe


Gambar di atas tu diambil tym Tahun Baru 2013. Top- from left is Rizalmi, me, alfred kayak, alfred keleman n bottom from left is Mir, nasha n christy.. yg tukang ambil gambar pula nama dia Markos. ahli2 lain yg xda dlm gambar (wen, emra, jilo, markos n rodim)sabar ar, nanti ada la gambar dia tu..hehe. bha sampai sini dulu pengenalan Headhunter nie.. banyak lg post akan dimasukkan.. dun worry..hehe